BAGAIMANA WUJUDNYA JERAWAT???

Jerawat di wajah adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat gangguan pada kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit anda.
Biasanya kelenjar ini akan menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit anda supaya sihat,berkilat dan muda.

sebaceous gland     
Rembesan minyak berlebihan yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak menyebabkan kulit jerawat.

Hormon DHT penyebab munculnya jerawat


comodore  
Kehadiran hormon DHT(dihydro testosterone) menyebabkan kelenjar ini menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan .Hasil akibat kenaikan hormon DHT menyebabkan rangsangan berlebihan kepada kelenjar minyak dan minyak ini berkumpul dalam liang dan akhirnya liang itu tersumbat, menyebabkan anda berjerawat..DHT adalah punca Jerawat lelaki dan wanita pada sebarang usia.


Umumnya, masalah jerawat muka anda berlaku kerana proses radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jangkitan ini berlaku apabila liang tersumbat. Jika liang tersumbat itu tertutup, ia menjadi whiteheads, tetapi jika liang itu masih terbuka, ia menjadi satu blackheads- noda hitam jerawat. Anda mungkin mempunyai jerawat ringan dan tidak berlaku keradangan kulit dan sekali-sekala terjadi whiteheads dan bintik hitam(blackheads). Radang jerawat berlaku apabila whiteheads dijangkiti dengan bakteria dan membengkak, menghasilkan jerawat dan pustul. Malangnya, kadangkala anda berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk keradangannya mengakibatkan sista dan pustul. Keadaan ini mungkin memerlukan rawatan oleh seorang pakar kulit atau aestetik(antiaging) untuk menghalang parut yang mencacatkan.



FAKTOR-FAKTOR TIMBULNYA JERAWAT

Faktor timbulnya jerawat seringkali dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, pra haid ataupun jangkitan bakteria.

Kulit jerawat menimpa seawal usia remaja anda yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron (DHT) di dalam kulit. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris.
Ada kalanya anda akan mendengar masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.
Resdung adalah sejenis alahan. Simptom resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat. Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan
Apabila anda menggaru kulit muka dengan kuku, barulah ia menjadi punca akibat timbulnya jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka anda. oleh itu anda tidak boleh beranggapan dengan merawat resdung masalah jerawat anda akan terhapus.


0 comments:

Post a Comment